Sunday, 22 November 2009

Bukan hanya lidah bercabang,hati pun ada cabangnya

eiman,kalau betul you cinta i ,i malas call you untuk seminggu dan i nak tengok berapa hari you ambik untuk call i.Bukan i menguji,i cuma nak tahu.Oklah,menguji lah namanya ini.ha ha ha

Nak tengok mana sejauh mana abang emang rindukan i,kalau tak pass i nak surruh kak Ja hantar pinangan risik B.I tak pedulilah B nak cakap apa.

nak pinang sendiri tak tergamak pulak karang B kena serangan jantung pula.
Kelmarin lepas ada orang meninggal lepas tu i sangkakan B yang meninggal kerana ramai sungguh orang,tapi bukan.Alhamdulillah.

Semoga B panjang umur dan diberkati umurnya dan hidupnya....

Buat eiman,ceria ceria selalu sayang.
Oh ya i tak pernah beritahu eiman apa apa pasal B.I tak kuasa nak bergaduh.

Friday, 20 November 2009

Walau apa yang terjadi tabahkan hati mu selalu

Untuk Rabiatul yang selalu terasa sunyi : terimalah nasihat diatas dengan hati gembira.



untuk orang yang baca blog Rabiatul : tabahkanlah hati anda untuk setiap apa ujian yang mendatangi hidup anda kerana jika tidak apa kau nak hantuk kepala kau kat dindingkah?


Sekian.

Monday, 16 November 2009

Kahwinlah pada yang sudi

792 - Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.


p/s : i kena banyak berpuasa ni....

Saturday, 14 November 2009

B...B boleh jadi Bilal,boleh jadi Bahaman,boleh jadi Bakhtiar ,boleh jadi Boleh itu sendiri

kawan i cakap i syok sendiri.i suka B sampai termimpi mimpi kawin dengan B
kalaulah dia tahu bahawa mengajar diri untuk menerima hakikat mencintai tidak bermakna memiliki pasti dia tidak sewenang wenang suka hati bapak dia berkata sedemikian pada i.

I tahu i in relationship dengan eiman.tapi eiman jauh sangat.
B i nampak hari hari.

Di masjid
Di warung Mat Nor
Di tepi jalan
Di restoran Shaz
Di rumah Imam Alif
Di mana mana...


Kenapa kamu seksa perasaan i B...

Friday, 13 November 2009

kenapa hati i ini banyak cabangnya,sungguh i mudah sekali berkongsi kasih dan sayang

Pemilik restoran Hilal sudah berkahwin,anaknya berusia 15 atau 16 tahun sedang belajar di MRSM.Memiliki senyuman yang sangat manis menjadikan i tertanya tanya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
golongan mamak ini ssemuanya manis manis orangnya

Wednesday, 11 November 2009

i bukan suka b aja,marit larsen pun i layan juga

susah bukan menyukai oang yang belum tentu sukakan kamu,kalau mereka sukapun belum tentu mereka mengakui perasaan cinta mereka pada kamu,i begitulah.

i suka sungguh sama B,entah entah rasa suka i ini lebih daripada suka untuk menyambut kedatangan eiman.terus terang i katakan,selepas apa yang berlaku dalam hidup i dan setelah apa yang i lalui untuk menjadi i yang you all kenali hari ini,i berpendapat bahawa untuk mencari suami yang terbaik adalah mencari suami yang beriman kepada ALLAH,yang bertakwa kepadaNya.

Dengan bakal suami yang takut kepada ALLAH sudah tentu beliau takut untuk berbuat perkara yang tidak baik kepada dirinya,anak bininya dan orang sekeliling.i pernah dikelilingi lelaki yang mahukan i berpakaian seksi setiap kali keluar dengannya,yang mahu i membayarkan setiap makanan yang dia kedarah (makan),yang mahukan i sebagai perempuan simpanan dan yang bermacam macam lagi.

i tidak pernah berjumpa dengan lelaki yang baik dalam agamanya.Agama apa,agama Islam lah Samdol oiii.

Kalau ada pun dia terlalu ego.La La La ( kemon,i tahu you baca blog i bukan?)

Bagi i,pada pandangan mata kasar i ,B memenuhi ciri ciri yang i kehendaki.Selalu mendatangi masjid,berilmu dan insyaALLAH merupakan seorang lelaki yang baik,Namun sayangnya,B tidak mahu berkahwin kerana merasakan dirinya tidak berkemampuan.

B,
Soal duit jangan lah kamu risau kerana yang memberi rezeki adalah ALLAH,tiada siapa dapat menghalang rezeki yang telah ditetapkan olehNya ke atas seseorang hambaNya.

B,
Soal balik raya ke kampung mana,kamu janganlah risau kerana i tak kisah sekalipun kita terpaksa beraya dirumah kakak kamu setiap tahun.i tak kisah B.

B,
Soal batin pun tak perlu risau,sekarang macam macam ada...ehemmmmmmm..

B,
I selalu ingatkan otak i yang degil ini untuk bersangka baik kepada ALLAH kerana tidak menjadikan kita bersama,mungkin i tidak sesuai untuk you kerana i sedar i pemalas tahap gaban,mungkin kamu yang akan melakukan semua kerja rumah manakala i sibuk membongkang.

B...
i sukakan you seperti kucing menggemari ikan...
I suka melihat wajah you yang berseri seri setiap kali selepas selesai solat.
i suka you B walau i ada eiman,entahlah hati i makin hilang untuk eiman..



p/s : if a song could get me you...

Sunday, 8 November 2009

Cik Latip

sepatutnya masa diziarahi tetamu bulanan seperti ini ,i dapat menggunakan peluang keemasan ini sepuas puasnya untuk berjalan ke sana ke mari dan juga cuba untuk mendapatkan tidur yang berjam jam namun i tak boleh juga kerana adanya Puan Haid ini menyukarkan i untuk berasa selesa.i tertanya tanya macam mana kamu kamu yang bernama perempuan masih dapat membongkang tidur pada waktu waktu ini.

oh sebelum terlupa i ketemu cik latip lagi.
Siapa lagi,duda yang satu itulah,dia ajak i keluar makan tapi i ditemani kak ja.Ingat kata kata i kalau nak mengoat mestilah secara sopan.Ha ha ha.

i sukakan cik latip juga walau beliau agak berusia namun selalu buat i ketawa,Kalau ada mulut joyah berkata bahawa i sepatutnya berkahwin dengan beliau i cepat cepat menangkis kerana untuk bergelak bolehlah.tetapi untuk dijadikan suami,bapa kepada anak anak i,kena pikir sejuta kali kerana,cik latip yang kaya dan ensem itu merupakan drebar lori minyak Petronas.

bukan harta yang i pandang tapi bab kata cik latip.

"Rumahnya didalam lori,disitulah tempat beliau menimbunkan bajunya.......dan bla ...bla....lori....lori"


Kemon,takkan you all nak tengok i tinggal dalam lori pula,macam mana i nak tulis blog lagi?